Thursday, August 18, 2011

Kari Kepala Ikan @ Krishna Curry House

Semalam En. Amri ajak aku berbuka di Krishna Curry House. Mentang-mentang la baru dapat bonus..selera pun tinggi la sikit. Makanan kat sini not bad la...puas hati..rasa segala rempah-ratus dia. Kami order kari kepala ikan, burung puyuh dan telur ikan. Cukup-cukup untuk makan berdua saja. Kalau ikut selera En. Amri dia nak order udang goreng cili, tapi aku takut tak habis. Beside main dish yang kami order, Krishna Curry House bagi nasi putih, kuih-muih, SAYUR dan teh tarik secara PERCUMA (walaupun aku rasa tak percuma sebenarnya. Maybe dia dah include kan semua tu dalam bil sekali)

Kari Kepala Ikan
Antara dish yang di berikan secara "PERCUMA"
Apapun bagi yang datang melancong ke Sabah, kalau dah bosan dengan selera Sabahan yang maybe kurang setuju dengan tekak kita, boleh la cuba makan di Krishna Curry House. Tak salah spend duit lebih sikit asalkan kenyang perut (sebab En. Amri yang belanja boleh la aku cakap macam tu kan. Kalau keluar duit sendiri..hehehehe..aku belanja kari kepala ikan bilis saja laaaa)

!!! SELAMAT BERBUKA !!!

No comments:

Post a Comment