Sunday, November 25, 2012

Hasil Selongkar Store Makanan : Agar-Agar Laici

Salam

Setiap kali buka store makanan, saya asyik terpandang 1 tin laici dicelah-celah susunan susu pekat dan sardin. Laici ni saya beli sebelum saya balik semenanjung dulu (maybe around bulan 10 tahun lepas). Dah more than 1 year dia duduk tak bersentuh dalam store makanan rumah kami. Nak buat air laici, rasa tak berbaloi pulak. Yang nak minum cuma 2 orang je. Benda dalam tin ni, once you open..kena habiskan secepat yang boleh. Kalau simpan lama-lama dalam fridge, alamatnya ke tong sampah la jugak akhirnya. Pening pulak kepala. Then, saya korek-korek lagi dalam store tu...terjumpa pulak dengan 3 paket serbuk agar-agar. Owh..bila pulak saya beli ya? Tah la...but yang pasti..benda ni semua dah lama dalam store. So at last..setelah berpusing kepala mencari idea untuk menghabiskan barang-barang tersebut...ini lah hasilnya :

Agar-Agar Laici

Agar-Agar Laici yang tak berapa nak cun

Bahan-bahan

1 paket (7 g) serbuk agar-agar 
1 liter air laici + air 
1 tin susu sejat
200g gula pasir (boleh kurang sebab air laici dah manis)
1 tin buah laici

1. Cincang atau leraikan buah laici gunakan  tangan (buang sekali kulit biji laici yang keras kat bahagian dalam laici).
2. Masak air laici + air. Masukkan serbuk agar-agar sedikit semi sedikit. Biarkan sehingga agar-agar larut.
3. Masukkan semua gula. Kacau sehingga gula larut.
4. Masukkan susu sejat. Kacau till semua bahan bercampur rata.
5. Masukkan buah laici. Kecilkan api dapur dan biarkan mendidih.
6. Tuang adunan dalam acuan. Biarkan agar-agar sejuk di luar dulu.
7. Masukkan dalam fridge.

Sorry la agar-agar saya "shape"nya rongak sana-sini sikit coz tuan nya tak pandai potong. If tengok dari dekat, agar-agar saya ada warna merah sikit. Itu bukan salah camera ye, tapi memang saya yang guna agar-agar yang ada color merah. Itu saja yang saya jumpa dalam store. Ok la..saya nak teman my little price @ Ali Amrsyar yang sedang nyenyak tido.

##### SELAMAT MENCUBA ##### 

Sunday, November 18, 2012

Eksperimen Pagi Ini : Banana Cake

Salam All

Happy Sunday!!!!!! Dah nak habis pun hari Ahad...baru saya ada masa untuk update blog. Sejak pegang status "MAMA AMRSYAR", waktu siang saya penuh dengan agenda-agenda melayan Amrsyar, bersihkan rumah or masak untuk Babah Amrsyar. Dah tak ada masa nak lepak-lepak depan tv sambil proses taik mata lagi. Rutin harian saya agak memenatkan so bila malam, lepas tidorkan si comel Amrsyar, saya terbongkang atas tilam depan tv. 

Ok la enough membebel pasal rutin hidup saya (kurang pahala kalau buat kerja then mengeluh). Malam Jumaat lepas, saya pesan pada En. Amri supaya belikan pisang coz saya nak buat kek. But pagi semalam, instead of kek pisang, saya buat kek coklat. So, satu hari En. Amri membebel pasal pisang yang dia beli. Risau pisang tu busuk sebelum dapat jadi kek katanya (tapi kek coklat tu habis jugak dia ngap). So nak tak nak, pagi tadi terpaksa jugak saya gagahkan diri dan bangun awal dan memulakan projek BANANA CAKE. Tak larat nak harung satu hari lagi dengan bebelan En. Amri pasal pisang yang dia beli. Alhamdulillah..setelah 2x gagal mem"baking", akhirnya menjadi juga kek hasil air tangan saya pagi ini. Cuma kek pisang saya kosong. Niat hati nak letak coklat chip or coklat rice. But Pernama dalam kem ni tak ada pulak jual benda Allah tu. So terpaksa la biar kan kek pisang ni botak saja. Botak-botak pun, rasanya TOTAP SODAPPPPPPPPPPP. Thank you kepada tuan punya resipi yang tak pernah kecewakan saya.

BANANA CAKE
Resipi Asal : Kek Pisang oleh Dapur Tanpa Sempadan


A cute banana cake +  A mug of coffee = Perfect morning


Bahan-bahan

200g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
200g pisang (around 3 biji)
200g gula (ikut manis pisang. Kalau pisang manis boleh kurangkan)
secubit garam
3 biji telur
120g minyak jagung
1 sudu besar ovallete
esen pisang or esen vanilla

1. Panaskan oven 170C.
2. Lecek pisang. Masukkan gula, garam dan ovallete.Kacau sebati.
3. Masukkan telur 1 per 1.
4. Tambahkan tepung, baking powder dan baking soda yang diayak. 
5. Satukan minyak dan esen vanilla. Masukkan dalam adunan.
6. Masukkan dalam acuan.
7. Bakar 20 ke 25 minit (ikut oven anda).

Its look like En. Amri fall in love with this banana cake coz dia makan non stop. Lepas satu-satu dia makan. Kira berbaloi la dia harung ribut untuk beli pisang. Ok la..need to go now. Byer ...

Tuesday, November 13, 2012

Breakfast For Today

Salam All

Happi Deepavali. Hari ni saya terawal bangun pagi. Biasanya saya bangun bila Amrsyar bising-bising ajak main. But today, pukul 5.45 pagi, saya dah terjaga. Tiba-tiba terasa nak mem"baking" untuk orang sakit aka En Amri yang tengah diserang selsema dan batuk. Since Amrsyar pun tengah tido nyenyak, saya pun memulakan projek MUFFIN LEMON. Nak buat muffin ni tak ada la susah sangat..but since saya dah tinggalkan rumah ni almost 10 months, peralatan baking saya dah lintang pukang. Terasa semuanya serba tak kena. After 1 hour, 1st batch muffin siap dibakar and the taste...yeeeeeeeeeeeeeeeeek!!!!! Rasa macam sabun basuh pinggan. Huhuhuhu..sedey sangat. My first attempt nak mem"baking" selepas delivered Amrsyar..failed. Tak apa la..InsyaAllah next time saya cuba lagi dengan recipe yang saya familiar (kalau itu pun still failed gak..that means saya memang dah hilang bakat mem"baking").

Untuk mengubat hatiku yang kuciwa, saya masak BIHUN GORENG SINGAPORE. Actually ini kali ke-2 saya cuba buat bihun singapore (1st time buat, bihun saya jadi berair). Alhamdulillah..kali ni menjadi. Rasa masam, lada hitam, garam dan gula semua cukup. Orang sakit tambah sampai 2 kali. Hahahaha..ok lah tu. Next time boleh buat lagi memandangkan kat dalam stor ada 2 pek bihun tak bebuka lagi. Ok la here is the recipe for BIHUN GORENG SINGAPORE (recipe muffin lemon tak dapat nak dishare memandangkan hasilnya agak mengeciwakan).

BIHUN GORENG SINGAPORE

Bihun Goreng Singapore bersama Muffin Lemon
yang tak berapa nak jadi

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1/2 paket Bihun (rendam semalaman)
3 ulas Bawang Putih
Serbuk lada hitam (secukup rasa)
1 1/2 sudu besar Cuka
6 ekor Udang
1 tangkai Cili Merah (hiris)
1 biji Tomato (hiris besar)
Garam dan Gula

1. Tumbuk bawang putih. Campurkan dengan serbuk lada hitam.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai naik bau.
3. Masukkan udang. Masak hingga separuh masak.
4. Masukkan sedikit air dan cuka. Masukkan garam dan gula.
5. Masukkan bihun. Masak till bihun lembut.
6. Masukkan cili merah dan tomato. Masak sekejap.
7. Hiaskan dengan daun sup dan telur goreng.

@@@@@ Selamat Mencuba @@@@@

Friday, November 9, 2012

Kisah Amrsyar : 8 Hari Sekali ...

Salam All

Entry kali ni agak kotor sikit. Sorry ya..bagi anda-anda yang sedang menjamu selera. But saya still mahu share experience yang beharga ni coz saya rasa ramai yang still tak tahu especially 1st time mother macam saya.

Akhir September lepas, umur Amrsyar genap 2 bulan. Alhamdulillah Amrsyar tak banyak ragam cuma sejak masuk umur 2 bulan, AMRSYAR JARANG MEMBUANG. Masa baru-baru lahir dulu, dalam 1 hari, dia akan membuang 3 or 4 kali. Bila dah masuk 1 bulan..Amrsyar cuma membuang sekali sehari. But, bila start masuk 2 bulan, dia dah jarang membuang. Ada masa dia akan meneran macam nak membuang, tapi tak ada poo yang keluar. Mula-mula saya risau jugak. But after search kat internet baru saya lega sikit. Rupanya its normal if babies yang fully BF tidak membuang berhari-hari. Palling lama Amrsyar tak membuang ialah selama 10 hari. Walaupun tak membuang berhari-hari, perut Amrsyar tak keras dan dia happy dan aktif macam biasa.


Untuk memastikan sistem pembuangan Amrsyar tak ada masalah, saya dan En. Amri bawa Amrsyar jumpa paediatric di Rafflesia Medical Centre. Paediatric yang check Amrsyar kata selagi poo dia cair keemasan (bukan biji-biji macam poo kambing), perut dia tak mengeras dan dia aktif..there's nothing to worry about sebab saya fully BF kan Amrsyar. Susu ibu tak sama macam susu formula yang banyak bahan yang perlu dibuang. Baby yang fully BF biasanya akan serap almost all kandungan susu ibu. So, tak ada bahan buangan dalam usus baby. Thats why baby tak membuang berhari-hari..sebab usus dia belum penuh. 

So sekarang ni bila Amrsyar tak membuang berhari-hari saya dan En. Amri tak risau dah. Normally Amrsyar akan membuang 8 hari sekali. Bila direnungkan balik, saya kagum dengan kuasa Allah yang telah jadikan badan seorang ibu mampu menghasilkan susu. No matter berapa hebat pun susu formula yang manusia mampu cipta, belum mampu tandingi susu ibu ciptaan Allah.

Ok la.. 2 heroes saya dah lama berlayar. Before saya tamatkan entry ni and join them, here are some pics of us :


Amrsyar with Nyet-Nyet

Mama, Amrsyar and Babah time melawat Beaufort