Sunday, November 25, 2012

Hasil Selongkar Store Makanan : Agar-Agar Laici

Salam

Setiap kali buka store makanan, saya asyik terpandang 1 tin laici dicelah-celah susunan susu pekat dan sardin. Laici ni saya beli sebelum saya balik semenanjung dulu (maybe around bulan 10 tahun lepas). Dah more than 1 year dia duduk tak bersentuh dalam store makanan rumah kami. Nak buat air laici, rasa tak berbaloi pulak. Yang nak minum cuma 2 orang je. Benda dalam tin ni, once you open..kena habiskan secepat yang boleh. Kalau simpan lama-lama dalam fridge, alamatnya ke tong sampah la jugak akhirnya. Pening pulak kepala. Then, saya korek-korek lagi dalam store tu...terjumpa pulak dengan 3 paket serbuk agar-agar. Owh..bila pulak saya beli ya? Tah la...but yang pasti..benda ni semua dah lama dalam store. So at last..setelah berpusing kepala mencari idea untuk menghabiskan barang-barang tersebut...ini lah hasilnya :

Agar-Agar Laici

Agar-Agar Laici yang tak berapa nak cun

Bahan-bahan

1 paket (7 g) serbuk agar-agar 
1 liter air laici + air 
1 tin susu sejat
200g gula pasir (boleh kurang sebab air laici dah manis)
1 tin buah laici

1. Cincang atau leraikan buah laici gunakan  tangan (buang sekali kulit biji laici yang keras kat bahagian dalam laici).
2. Masak air laici + air. Masukkan serbuk agar-agar sedikit semi sedikit. Biarkan sehingga agar-agar larut.
3. Masukkan semua gula. Kacau sehingga gula larut.
4. Masukkan susu sejat. Kacau till semua bahan bercampur rata.
5. Masukkan buah laici. Kecilkan api dapur dan biarkan mendidih.
6. Tuang adunan dalam acuan. Biarkan agar-agar sejuk di luar dulu.
7. Masukkan dalam fridge.

Sorry la agar-agar saya "shape"nya rongak sana-sini sikit coz tuan nya tak pandai potong. If tengok dari dekat, agar-agar saya ada warna merah sikit. Itu bukan salah camera ye, tapi memang saya yang guna agar-agar yang ada color merah. Itu saja yang saya jumpa dalam store. Ok la..saya nak teman my little price @ Ali Amrsyar yang sedang nyenyak tido.

##### SELAMAT MENCUBA ##### 

4 comments:

  1. salam , azie singgah sini sebab ada agar2 laici...klu kita makan laici sedap , niekan pulak makan kuih agar2 laici...tengok pun dah tau sedap nie...:D

    nak cikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap pun yang..mai sini bawa pinggan akak bg free je

      Delete
  2. Macam sedap bah...:)
    nti mo try buat...
    singgah follow akma...#176

    ReplyDelete