Tuesday, February 12, 2013

Carrot Cake untuk Bekas Jiran

As-Salam

Bangun pagi, tengok luar...alahai mendungnya cuaca. Tak bersemangat saya nak mulakan hari ini. Semalam saya sempat ke rumah Kak Yati, bekas jiran sebelah rumah. Sekarang ni dia tengah sarat preggy dan menunggu hari nak deliver her 6th baby. Kak Yati ada mintak resipi carrot cake yang pernah saya buat. Luckily a few weeks a ago saya ada buat carrot cake using recipe from All Recipe. Recipe quite simple and the cake turn up very nice. 

Teringat masa saya baru lekatkan Ali Amrsyar dulu. Masa tengah sidai baju saya tercium bau kari ayam Kak Yati (masa ni kami masih berjiran lagi). Tiba-tiba terus mengidam. Lepas En Amri balik kerja, I told him. The next day, Kak Yati ketuk pintu hantar kari ayam. Rupanya En Amri pergi cerita pada hubby Kak Yati, Mejar Azam yang saya mengidam kari ayam Kak Yati. Sangat lawak ok. Hubungan saya dengan family Kak Yati sangat rapat. Biasa la...bila hubby masing-masing rarely at home, kami jadi lebih banyak bergantung pada jiran tetangga. Saya selalu lepak rumah Kak Yati bila banggunan kami black out. Sometime bila En Amri kena out station, Kak Yati akan hantarkan lauk sebab dia tau saya tak akan masak that day. Kalau hari hujan dan saya tertidur, nanti Achik (anak ke 4 Kak Yati) akan ketuk pintu suruh angkat baju di ampaian. If hubby kami masing-masing kena out station, saya akan jadi driver bawa anak-anak Kak Yati keluar ke taman. Even masa saya sarat preggykan Amrsyar di Perak, kami masih berhubung. Atas budi bicara Mejar Azam, En Amri dapat balik Perak dan temankan saya sewaktu saya menunggu hari nak bersalin (lebih sebulan. Bukan semua pegawai dapat bercuti lama macam ni). But, since Kak Yati pindah ke quaters Mejar, saya dah kurang jumpa dia. Terasa sunyi duduk sini. Jiran baru saya baik jugak. But, wife nya bekerja. Jadi saya kurang rapat. But rajin jugak kami berbalas pinggan. Ada masa jiran baru saya akan hantarkan mee atau kuew teow goreng. Dan normally saya balaskan dengan kek atau puding. Seronok bila dapat tengok senyuman anak-anak jiran dapat kek. Sangat real dan ikhlas. 

Ok back to our carrot cake's story. Atas permintaan Kak Yati, pagi tadi saya mem"baking" CARROT CAKE. Untuk frosting pula, saya gunakan resipi frosting cream cheese Red Valvet Cake. Kek ni tak terlalu lembab atau kering. Tekstur agak fragile sikit. So kena berhati-hati masa memotong. Disebabkan my family is not a fan of carrot, saya kurangkan kuantiti parutan carrot. Bagi saya, kalau nak mem"baking" kek yang ber"frosting", ketebalan kek sangat penting. Untuk resipi kali ni, pan empat segi 7 x 7 inci agak sesuai. Kek jadi tak terlalu tebal. Cukup sekadar saya sapukan satu lapisan nipis cream cheese supaya rasa kek tak muak. Petang tadi, sebelum ke Giant Putatan, saya sempat hantar kek ni pada Kak Yati. Semoga baby dia tak akan meleleh air liur bila keluar nanti.   

CARROT CAKE


Bahan-bahan

2 biji telur
1/2 cawan + 2 sudu besar minyak (saya gantikkan dengan planta)
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil cinnamon powder
1 1/2 cawan parutan carrot (saya kurangkan kepada 5 or 6 sudu besar)

1. Panaskan oven 175 C.
2. Oleh sebab saya gunakan planta, saya pukul planta dan gula sampai kembang. 
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukkan esen vanila.
5. Ayak tepung,baking powder, baking soda, cinnamon powder dan garam. 
6. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan planta. Kacau rata guna sudu atau spatula.
7. Masukkan parutan carrot dan kacau rata.
8. Tuang dalam pan 7 x 7 inci dan bakar selama 30 ke 40 minit.
9. Letakkan frosting bila kek dah suam-suam kuku.




Friday, February 1, 2013

Lemony Lemon Cake

As-Salam

A few days ago, my big hero (En Amri la sapa lagi) asked me ... Kenapa dah lama tak ada kek or mupin? Hehehehe ... Jawapannyya mudah saja. Sebab baby Amrsyar dah pandai merangkak. Pantang lepa sikit jer..dia dah merangkak sampai ke hujung tilam. Sikit lagi kepala dia nak hentam lantai. Bahaya betoii !! Since dia dah pandai merangkak dan duduk, tidur siang pun sekejap-sekejap je. Tak sempat nak mem"baking". 

But bila dah kena tegur dengan En Amri, pagi tadi berbekalkan semangat yang kental, saya memulakan projek baking saya. Disebabkan En Amri masih masih dan masih terlupa belikan fresh milk, so saya decide untuk baking kek yang sangat-sangat simple, which is Lemon Cake. Asal resipi ni dari Sicilian Orange Cake from blog Periuk Belanga Zarin. Saya dah try banyak kali resipi Sicilian Orange Cake ni. First time buat, saya follow resipi kak Zarin tu betul-betul. Jenuh saya parut kulit oren (masa ni masih berdua lagi). Second time, saya replace oren dengan 2 sudu besar Sunquick (waktu ni Amrsyar dah keluar. Semuanya mau instant). Hasilnya still yummy. Rasa macam makan kek oren kat kedai. Dan ini kali ke-3, saya guna pati lemon (masih intsant. Tak ada masa nak memerah lemon). The taste still yummy, but saya lebih suka yang perasa Sunquick. 

Ok la enough membebel. Here is the recipe that you might wanna try :

Lemony Lemon Cake


125 g butter
125 g gula
125 g tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar pati lemon (saya guna jenama Lazy Lemon)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda

1. Panaskan oven 170 C. 
2. Pukul butter dan gula sampai putih. Masukkan telur satu per satu.
3. campurkan tepung, baking powder daan baking soda. Ayak.
4. Masukkan pati lemon ke dalam adunan butter. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan tepung ke dalam adunan butter. Kacau guna senduk/spatula.
6. Sudukan dalam acuan cup cake.
7. Bakar 20 ke 30 minit.

Senangkan??!!! Actually ini antara resipi kek yang paling senang dan simple. Bahan-bahan pun tak banyak. For those yang baru nak mula-mula berjinak dengan dunia baking-mem"baking" ni, boleh la cuba. Kalau tak jadi pun, tak ada la ralat sangat.